Sedihnya: Kisah Sedih Seorang Isteri
|
Sekadar Gambar Hiasan |
Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya"
keluh Nisa pada suaminya Zakri. "Apelah awak nie....lama sangat nak
bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya
tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab
lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.
hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik
bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata
begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri
terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya.
Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor
Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan
keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit
dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi
rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on
Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu
membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah
keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang
keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan
keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and
girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah
Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri
hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya,
kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana
keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad
Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat
kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang
membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu
kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya
diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di
Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa
menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung
dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa
mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang
tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang
tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi
semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian
Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung
anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa
mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima
baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma
kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila
mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga
Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat
hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa
abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni
tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .
"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak
Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi.
"Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan,
Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain
pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki
awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan
menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan
pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis
dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin
laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua
tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole
terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan
anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau
nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu,
Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah
keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib
aku la dapat bini cam engkau ni "kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa
mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan
tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis
macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya
tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima
kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya
sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga
kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung
saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya
apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja.
Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut
shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga
pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu
tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan
keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa
terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh
lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi
kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa
menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin
Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada
Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya
lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat
sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba
naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar
dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista
dilemparkan pada Nisa.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat
demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala
Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku
dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa
memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk
diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan
membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat
Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok
je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di
salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke,
apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia
sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri
dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri
nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah
kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia
tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk
semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,
cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa
dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak
risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader
apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata
Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri
speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah
Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak
sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke,
teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan
perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar
diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya
Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak
yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat
cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam.
Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin
penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri
teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala
Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah
pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan
semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri
tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada
..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri
hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya
rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu
sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit
yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk
membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi
malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa
kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau
Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa,
Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa
Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan
Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang
masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap
lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada
Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata
keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya.
Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri
terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati
Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh
Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah
yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya..
"Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula
mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang
bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi
Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak
pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG
seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri
dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu... walaupun Nisa dapat merasa
panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan
AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa?
Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah
semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang.
Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama
dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak
perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan
kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan
kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah
hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging
Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka.
Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan
dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa
hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini
Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang
menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan
berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan
Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana
menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi
Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari
keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada
kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar
kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat
mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan
ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan
halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya
Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya
emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama
emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang
terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar
kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah
Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah
peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan
mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari Nur Nisa
Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada
Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA
ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya
terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh
dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI
YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING
SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN
KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR
HAYAT NISA.
Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah
kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar
mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih
ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi
pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya
Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan
kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa
yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan
penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja
yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya
Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang
mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus.
Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa
Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri
terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.
"YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita
balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar
Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar.
Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan
mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam
dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu
nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan
kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan
pusara Nisa....
Sekian.